Khamis, 13 November 2014

Mari makan : Cucur bawang.







1. Tepung - ni wajib.
2. Bawang - ni pun wajib. Tiada bawang bukan cucur bawang la namanya.
3. Daun sup.
4. Daun bawang - sepatutnya ada tapi aku lupa beli so dalam masakan kali ni tiada. Hehehehehe.
5. Bubuk @ udang geragau.
6. Telur Ayam.
7. Minyak masak.
8. Air.
9. Bahan perasa.






1. Letak tepung anggaran dalam 2-3 sudu atau ikut sesuka hati ke dalam mangkuk atau apa saja, yang penting boleh bancuh nanti.

2. Bancuh tepung tadi bersama telur dan juga air. Jangan terlalu pekat,jangan juga terlalu cair.

3. Masukkan daun sup dan juga daun bawang yang telah dihiris halus. Jangan lupa juga bubuk @ udang geragau tapi pastikan telah dicuci dulu.

4. Masukkan sedikit bahan perasa. Jangan terlalu tawar, jangan terlalu masin. Yang sedang-sedang saja macam lagu iwan tu.

5. Panas kan kuali, isi minyak dan mulakan proses menggoreng. Saiz? Ikut suka hati, macam aku guna sudu makan saja. Hehehehehe.

Sesuai dinikmati ketika sarapan pagi atau minum petang.  Selamat mencuba.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan