Isnin, 24 November 2014
Mari makan : Bubur ayam sukahati aku.
Kalau doraemon ada pintu sukahati, aku pula ada bubur ayam sukahati. Hahahahahahha. Ni aku buat malam tadi sementara tunggu Liverpool main semalam. Lagipun aku lapar. Cara mau buat ni simple saja,biasa la orang bujang kan. Boleh la untuk makan sendiri-sendiri.
1. Bubur Maggi perisa ayam.
2. Ayam.
3. Daun sup.
4. Bawang goreng - sebagai hiasan.
5. Air putih - jangan lupa.
1. Rebus ayam yang telah dipotong kecil-kecil. Rebus dalam 4-5 minit. Jangan rebus sampai esok pagi sudah.
2. Masukkan bubur Maggi perisa ayam dan air putih sebanyak 600ml ke dalam periuk.
3. Masak selama 2-3 minit.
4. Masukkan daun sup yang telah dihiris halus. Kuantiti? Ikut suka hati.
5. Masukkan juga ayam rebus tadi. Teruskan memasak sekitar 1 minit.
6. Akhir sekali, bubur yang siap dimasak tadi letak dalam mangkuk dan taburkan bawang goreng.
7. Siap.
Mudah kan? Selamat mencuba.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)



Tiada ulasan:
Catat Ulasan