Khamis, 11 Disember 2014

Mari makan : Ayam goreng tepung suka hati.


Ekceli ni 2 hari lepas punya projek tapi hari ni baru mau share. Lalalalalala. Ni namanya ayam goreng tepung suka hati.






1. Dada ayam. 
2. Telur ayam,sebiji cukup. 
3. Tepung goreng  Seri Aji. Ini terpulang mau guna yang pedas atau sebaliknya. Tiada unsur paksaan. 
4. Minyak masak,tiada minyak macam mana mau menggorengkan. 






1.  Hiris dada ayam, jangan la bagi tebal aaaaaa. Nda masak nanti ayam tu.
2. Pecahkan telur ke dalam mangkuk,aku guna garfu saja.Whisk tiada. Hahahahaha.
3. Letak tepung goreng dalam piring.
4. Celup ayam ke dalam telur tadi,kemudia salut telur dengan tepung.
5. Goreng sehingga kekuningan.
6. Selesai dan hidangkan.

Mudah kan? Selamat mencuba.

Isnin, 24 November 2014

Mari makan : Bubur ayam sukahati aku.


Kalau doraemon ada pintu sukahati, aku pula ada bubur ayam sukahati. Hahahahahahha. Ni aku buat malam tadi sementara tunggu Liverpool main semalam. Lagipun aku lapar. Cara mau buat ni simple saja,biasa la orang bujang kan. Boleh la untuk makan sendiri-sendiri.







1. Bubur Maggi perisa ayam.
2. Ayam.
3. Daun sup.
4. Bawang goreng - sebagai hiasan.
5. Air putih - jangan lupa.






1. Rebus ayam yang telah dipotong kecil-kecil. Rebus dalam 4-5 minit. Jangan rebus sampai esok pagi sudah.

2. Masukkan bubur Maggi perisa ayam dan air putih sebanyak 600ml ke dalam periuk.

3. Masak selama 2-3 minit.

4. Masukkan daun sup yang telah dihiris halus. Kuantiti? Ikut suka hati.

5. Masukkan juga ayam rebus tadi. Teruskan memasak sekitar 1 minit.

6. Akhir sekali, bubur yang siap dimasak tadi letak dalam mangkuk dan taburkan bawang goreng.

7. Siap.

Mudah kan? Selamat mencuba.

Khamis, 13 November 2014

Mari makan : Cucur bawang.







1. Tepung - ni wajib.
2. Bawang - ni pun wajib. Tiada bawang bukan cucur bawang la namanya.
3. Daun sup.
4. Daun bawang - sepatutnya ada tapi aku lupa beli so dalam masakan kali ni tiada. Hehehehehe.
5. Bubuk @ udang geragau.
6. Telur Ayam.
7. Minyak masak.
8. Air.
9. Bahan perasa.






1. Letak tepung anggaran dalam 2-3 sudu atau ikut sesuka hati ke dalam mangkuk atau apa saja, yang penting boleh bancuh nanti.

2. Bancuh tepung tadi bersama telur dan juga air. Jangan terlalu pekat,jangan juga terlalu cair.

3. Masukkan daun sup dan juga daun bawang yang telah dihiris halus. Jangan lupa juga bubuk @ udang geragau tapi pastikan telah dicuci dulu.

4. Masukkan sedikit bahan perasa. Jangan terlalu tawar, jangan terlalu masin. Yang sedang-sedang saja macam lagu iwan tu.

5. Panas kan kuali, isi minyak dan mulakan proses menggoreng. Saiz? Ikut suka hati, macam aku guna sudu makan saja. Hehehehehe.

Sesuai dinikmati ketika sarapan pagi atau minum petang.  Selamat mencuba.

Selasa, 11 November 2014

Mari makan : Roti Salut Telur



1. Roti - wajib ada ni. 
2. Telur - Pun wajib ada. 
3. Bahan perasa.
4. Minyak masak - terpulang mau guna mentega tapi aku gunakan minyak masak. 






1. Pecahkan telur dalam 1-2 biji tapi itu terpulang. 
2. Ambil roti. Terpulang samada potong atau kekalkan bentuk asal. Macam aku, potong 4.
3. Celup roti ke dalam telur sehingga telur agak-agak menyelaputi permukaan roti. 
4. Panaskan kuali dan mulakan proses menggoreng. 
5. Siap dan sedia untuk di makan. 

Hidangan ni simple saja. Sesuai dinikmati semasa bersarapan atau minum petang. Sekian, terima kasih.